Bersabar dalam segala urusan :)

Assalamualaikum .


Mengikut ahli sufi , sifat sabar adalah salah satu daripada jalan yang dapat menyelamatkan diri baik di dunia dan juga akhirat . Ini adalah kerana sifat sabar dapat membentuk serta membimbing jiwa  agar tidak membuat sesuatu itu tanpa berfikir baik buruknya . Dengan itu , maka mudahlah jiwa menghadam ajaran al-Quran dan sunnah serta taat menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan - Nya .

Sifat sabar mencukupi tiga aspek penting dalam usaha mencapai kesempurnaan iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T :


1- Bersabar dalam hati membolehkan seseorang itu sentiasa beringat untuk memelihara iman , menjaga kesucian hati , mempertahankan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara .

2- Bersabar dengan fizikal bagi memperkuatkan ketekunan dan ketahanan dalam melakukan riadah kerja dan perjuangan untuk mencapai keredhaan Allah .

3- Bersabar dengan lisan , iaitu sentiasa menjaga dan memelihara lisan atau perkataan agar berlaku jujur dan ikhlas sesuai dengan yang terlintas dalam hati .

Kita mesti sabar :) Kalau tengah marah tuh , duduk or baring or ambil wuduk . Kadang kadang ana pun cepat marah dengan perkara remeh temeh , tak kisah lah marah ke ape ke . Important , our patient. So , kita mesti berwaspada sebab syaitan yang menghasut kita . Betul ke ayat aku ni ? haha . layan ~ .  :)

No comments:

Post a Comment