Hye ! dah lama tak update , busy sikit minggu nih *badjet sekejap* . haha . Okayh , kali nih nak share sikit ape yang aku baca dekat buku from Ustaz Kazim Elias . :) . Fesyen ? kita dah tahu ken fesyen tuh ape . Zaman dah berubah , semua kalau boleh nak moden . Islam tak menghalang punn , cuma kalau dah terlebih fesyen sampai tak tutup aurat , contohnye , kita boleh tengok dekat televisyen zaman sekarang nih , kata butik muslimah , tapi tudungg tak menutup dada , baju jarang jarang . haihh , tak paham -,- . Tahu , pereka fesyen sekarang nih nak untung banyak . Kayh , apa apa pun nak share sikit . Ni aku share dalam buku yang aku baca , jangan fikir pulak ade orang tanya soalan nih dekat aku , soalan nih dituju dekat Ustaz Kazim Elias . :D
Ini paling terbaik dari ladang . :))
Ini pon okayh jugak .
Tidak menutup dada dan mempunyai sanggul .
Sama jugak macam yang atas .
Soalan
> Bagaimana wanita mahu mempamekan kecantikan mereka , sedangkan menampakkan sanggul di dalam tudung pun tidak dibenarkan ? Bukankah fitrah wanita mahu cantik dan kelihatan cantik ? Tidakkah larangan ini menunjukkan yang Islam melarang fesyen dan perkembangan fesyen ?
Jawapan
> Islam bukanlah agama yang menghalang fesyen dan perkembangan fesyen . Tidak ada nas yang menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian . Namun umat Islam dititikberatkan supaya menutup aurat dengan baik .
Cuba perhatikan kepada wanita muslimah . 'Dress code' para muslimah sebenarnya melindungi kaum wanita daripada pandangan nafsu lelaki jahat ,
Ada dua syarat utama bagi menutup aurat dengan baik :
:) Pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk badan si pemakai . Dengan demikian pakaian yang ketat tidak dibenarkan ,
:) Pakaian tersebut tidak menampakkan ciri-ciri tubuh si pemakai seperti warna kulitnya .
Inilah dua syarat penting dalam soal pakaian . Selain itu , ada yang meletakkan syarat agar tidak menyerupai pakaian penganut agama lain .
Dengan itu , kalau hendak pakai seluarr senaman , dibenarkan tetapi pastikan is longgar . Kalau hendak pakai baju kebaya , silkan tetapi jangan lah ketat hingga nampak kerampingan pinggangnya . Kalau hendak pakai seluar jeans , pakailah seluar jeans yang longgar .
Wallahu a'lam
Semoga Allah memberkati kalian . Thank you . Assalamualaikum . :D
Sungguh Islam selari dgn naluri manusia
ReplyDeleteyeah :)
Deletewaaah, tikah. thanks for the information ;D
ReplyDeletehaha , welcome :D
Delete