Asyik Tidur jee . HAHA .

Assalamualaikum .

    Huihhhh , alohaiii , dah lama beno rasanya tak update blog nihh , haihh , al maklumlah jari ni sangat lah malas untuk menaip kenn , lagiponn tak tahu nak story ape so now , nak bersihkan blog nih daripada berhabok . hik hik . Okayh , sedar tak sedar , kelip mata kelip mata . Eh ? dah nak dekat sekolah bro sis , huihh , sedih bebeno nak tinggalkan memory tahun nih , terlalu banyak suka dan duka . Hope tahun depan dapat ubah lah perangai gila gila aku nih . Nak PMR  doeee , Cuakkk sesangat nih , tapi still malas nak prepare awal awal , hanya bertemankan tuisyen je lah , tapi not bad lah jugak kan daripada tak study langsong . Eh ! dah jauh daripada tajukkk nih , tak pe -2 kita bermuqadimah dahulu . eh , BERMUQADIMAH lah sangat . hee .

  Nak story nih . Siapa yang suka tidur nih ? musykil nih , korang mesti pikir aku ennn . HAHA . Not mee kayh , adik baru kitaa #eh gedik nye . wekk wekk . Ada orang tuh nak tengokk sangat , aku bagi lah tengookk , karang kempunan pulakk . haha . Siapa orang tuh ? Kawan kawan leee , hoho , ayat aku tuh macam ade sorang je nak tengok , almaklumlah , bm aku merepek maraban . Hohoho . Nahhh kawan kawan yang nak tengok sangat tuhh . Kedebukkk , gambar jatuh dari langit lah pulakk . Hehe




Haaaa ~ Comel ke idak macam saya nih ? Eh , perasa sekejap je , sekejap je bukan lama punn . Muka sucii , biasalah budak baru lahir , nak masuk 6 hari dah dia dekat dunia nih . Nak tahu nama dia ? Nama pun belom bagi lagi . Haihhh , semua nak bagi nama . Mula mula semua orang macam setuju dengan nama yang aku bagi , nama dia Muhammad Aqeel Zafran . Sedap kan nama tuh ? Tapi mak lang aku cakap Zafran tuh keras , sebab anak buah mak lang aku yang keluarga belah sana tuh kerass , aku ponn layan je lahh , pastuh ade yang bagi nama nazrin , iqbal , qayyum , aqil hakimi lah , and ect , last last tak tahu nak bagi ape . Pening aku . HAHA . So , kitaorang panggil dia MAT . hihi , ayah aku lagi lah , ade ke panggil dia Mat Toyota . Hamboi2 , buat lawak pulak ayah aku nih . >< 

Dia nih suka sangat lah tidurrr mengalahkan orang penat bekerja . HAHA . Sampaikan dikejut kejut oleh kami sebab suruh dia bangun mandi . Itupon liat sangat2 , tengok gambar tuh , tidur jugakk , #eh , biar kan lah dia tidur ken , budak kecikk .  HAHA . Gambar ni diambil oleh kakak sepupu ku , malam tadi Mat nih femess , ramai amik gambar dia , bukan main lagi tuhh , macam artis . haha , yang dianye sedap je lending tidur , lantak lah orang memekik kat telinga dia ke , bom jatuh ke . Hahaha ! mengutuk adik sendiri pulakk . Bukan mengutuk lah , saje buat lawokkk . #Yela tuuu ~ . Hohoo .  Ramai cakap muka dia macam Adam Haziq a.k.a adik ketiga aku . Ramai doe adik beradik aku , meriah rumahhh . Huhh ! 

Kayh lahh , sudah2 lah tu aku nak story pasal Mat nihh , kang kembang perut dia aku story dia kat blog aku . hahha . Hope tak nakal time dah besar nanti , menjaganye bukan main lah payah , macam orang bercinta jaga . Haha ! K bubye ! Enjoy ur reading . Peace no war . Assalamualaikum ! :)












Ohoihoi Tusyennn !

Assalamualaikum .


Comel kenn ? jeles dia pandai baca buku time kecik kecik . haha !


   Heyaaa ! Now at 1 am . waw , aku tak tidur lagi ? *macam tak biasa pulekk* haha , tak boleh tidur weyhhh  . Tidak tahu mengapa , sedang bosann so aku ponnn update lah blog kenn , karang berhabuk pulakk . hihih . Berbalik kepada tajuk tadi . Tusyen lah weiii , nanti banyak dugaan nak bukak buku kat rumah nihh , kalau tuisyen boleh jugak aku prepare untuk tahun depan , yelahkan , last batch PMR . Kayh , cuak sangat sangat sangat ! Tuisyen nih best kott , ramai ! seramai 60 orang , bayangkan ramainye macam mana , tapi aku rasa sikit jee , haha . Boleh buat dua kelas tuhh . hehe !





Aku yang pakai baju kuning yang selekeh tuh sebab penat sangat , tercungap cungap sebenarnya tapi still tangkap gamboo . Yang tengah tuh lah si gepeng , aku panggil dia gepeng sebab kurus . haha . Dia lah yang selalu jalan kaki dengan kitee . Yang pakai baju biru tuh Aida . Time nih dah habis tuisyen , tapi kitaorang merayap , shopping , tergedik gedik kat tepi jalan sekejap . haha !


  Setiap pagi nak pergi tusyen nih macam bangun pergi sekolah tahukk , cedihhh :') . Pastuh , ikot my daddy pergi kojeee (kerja) , hantar dekat klinik . Teka lah kenapa aku dihantar kat klinik ? aku sakit ke ? aku ambil kojee dekat situ sementara ke ? haha , jangan nak berangan lah kojee dekat situh , setakat bagi kad dekat pesakit boleh lah . haha . Opss , terover sekejap , kayh , nak bagi tahu lah nih , sebabb ~ kena jalan kaki dengan sigepeng (kawan kite) . haha , pergi sama sama dengan dia , exercise sikit ken , hope turun 5kg . hehe , terlebih pulakk . :D Jauhh tuh klinik dengan tempat tuisyen , tapi dah terbiasa jalan kaki  terasa dekat lah pilekk kenn . Orang dah jemu tengok kami berdua jalan kat tepi jalan raya tuh . haha ! *budak nih lagi , tak de budak lain ke yang cun cun sikit* kayh fine , kami tak cun . haha !

       Dekat tempat tusyen tuh kenn , budak perempuannya sporting lah jugak , aku dapat kawan baru , baik gilosss , hohoh , tak suka budak lelakinya , bisinggg tahuk , tapi diorang lawak kott , asyik gelak je , sporting kenn dorang semua walaupon tak kenal . Tapi , time 1 time masuk , semua macam diammm jee , sekali hari kedua , ha ! hamik ko , dah keluar dah tanduk diaa . haha . Tahu lah diaorang pandai , tak payah nak menunjuk sangat lah , menyampah dek aku . kiki , masalahnya , cikgu tanya *kamu kebanyakkan nya dari sekolah mana?* lepastuh ade beberapa dak laki yang suka buat bising tuh pon cakap kuat kuat * kusess ciku , star cikgu * SAMEONE lagi ramai lah dekat situ , pui pui *rak puehh hati* . Kayh , guraw guraw 'pagi' saja . :3

  Eh kite nih , kite ? gedik nye kite kite nih , saje je . layan , otak dah tak berapa nak betul , time mcm nih  sepatutnya tidur , ni sempat lagi update blog . haha , panjang pulak tuh , kite tahu , kau orang pun bosan nak baca sebab tak dek kena mengena dengan kau orang . Tak pelah , blog aku , aku tak menyemakkan blog orang lain punn . haha ! Bubye ! Assalamualaikum .  Semoga hidup kita diberkati oleh-Nya . Amin .

Islam tidak menghalang fesyen dan perkembangan fesyen .

Asslamualaikum .


   Hye ! dah lama tak update , busy sikit minggu nih *badjet sekejap* . haha . Okayh , kali nih nak share sikit ape yang aku baca dekat buku from Ustaz Kazim Elias . :) . Fesyen ? kita dah tahu ken fesyen tuh ape . Zaman dah berubah , semua kalau boleh nak moden . Islam tak menghalang punn , cuma kalau dah terlebih fesyen sampai tak tutup aurat , contohnye , kita boleh tengok dekat televisyen zaman sekarang nih , kata butik muslimah , tapi tudungg tak menutup dada , baju jarang jarang . haihh , tak paham -,- . Tahu , pereka fesyen sekarang nih nak untung banyak . Kayh , apa apa pun nak share sikit . Ni aku share dalam buku yang aku baca , jangan fikir pulak ade orang tanya soalan nih dekat aku , soalan nih dituju dekat Ustaz Kazim Elias . :D


Ini paling terbaik dari ladang . :))


Ini pon okayh jugak .


Tidak menutup dada dan mempunyai sanggul .


Sama jugak macam yang atas .



Soalan

> Bagaimana wanita mahu mempamekan kecantikan mereka , sedangkan menampakkan sanggul di dalam tudung pun tidak dibenarkan ? Bukankah fitrah wanita mahu cantik dan kelihatan cantik ? Tidakkah larangan ini menunjukkan yang Islam melarang fesyen dan perkembangan fesyen ?

Jawapan

> Islam bukanlah agama yang menghalang fesyen dan perkembangan fesyen . Tidak ada nas yang menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian . Namun umat Islam dititikberatkan supaya menutup aurat dengan baik .

Cuba perhatikan kepada wanita muslimah . 'Dress code' para muslimah sebenarnya melindungi kaum wanita daripada pandangan nafsu lelaki jahat ,

Ada dua syarat utama bagi menutup aurat dengan baik :

:) Pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk badan si pemakai . Dengan demikian pakaian yang ketat tidak dibenarkan ,
:) Pakaian tersebut tidak menampakkan ciri-ciri tubuh si pemakai seperti warna kulitnya .

  Inilah dua syarat penting dalam soal pakaian . Selain itu , ada yang meletakkan syarat agar tidak menyerupai pakaian penganut agama lain .

   Dengan itu , kalau hendak pakai seluarr senaman , dibenarkan tetapi pastikan is longgar . Kalau hendak pakai baju kebaya , silkan tetapi jangan lah ketat hingga nampak kerampingan pinggangnya . Kalau hendak pakai seluar jeans , pakailah seluar jeans yang longgar .

                                                                    Wallahu a'lam

Semoga Allah memberkati kalian . Thank you . Assalamualaikum . :D

One Direction .

Assalamualaikum .


    Hye guys ! Apa one direction -2 nih ? Group nih terkenal wooo , satu dunia kot kenal . Tengah layan lagu dia orang nih . *batak* haha . Aku minat weeiii , tak tahu bila mase pulak aku minat group nih , aku rasa daripada lagu 'what makes you beautiful' kott . First time dengar lagu tuh macam ketagih nak dengar je . Aku pon search la dekat youtube . Ouhhh , daripada group one direction rupa nya yang nyanyi and aku pon ushar lah kat google about group nih , tak tahu kenapa macam asyik nak tahu tentang group nih . hehe . Dah rasa minat dah , tengok lah header aku pun gambar one direction , handsome jugak lah dorang nih . ekeke ! 

  I have one story . Dalam kelas aku pun ramai jugak yang minat . *sibuk je* haha , takpelah , normal lah tuh ken . Emm emm , ada sorang budak laki nih , dia duduk depan aku . Aku sesaja ushar fail dia , konon nak tengok sijil sijil sukan dia , banyak giloooosss sijil sukan dia , *jeles* . Haha , and then , ade satu surat khabar kecil yang dipotong oleh dia agaknya terjatuh bertebangan , kawan sebelah aku pun amik lah kat bawah kaki dia , nak tahu tak gambar ape ? ape ? ape ? of course lah gambar one direction ! aku mintak kat dia weii , obses sangat lah aku nih . haha , dia pun bagi lahh , terima kasih kawan ! aku apa lagi , letak bawah lapik meja aku , konon semangat nak belajar . haha . Sekali time last sekolah tuh , ade orang hilanngkan gambar tuh , nak simpan bawak balik rumah letak dalam fail aku ke apa kan , dah hilang nak buat acono kan ? ceh , padahal dalam lappy , computer dah berlambak gambar group nih . heheh !

  Ada sorang budak nih , mana boleh bagi tahu nama , secret secret ! eheh , dia pun minat one direction *semak* haha ! guraw jee . Hari tuh , aku ada bagi tajuk nama lagu baru group nih , memang tak best jugak lah lagu 1D tuh , dia kata , dia bukak sekejap and dia tutup . hehe , same macam gua lah broo . Dia kata dia suka lagu one thing and tak ingat lah lagi satuu . hehe . Tu je lah nak cerita . hmm . Video dia banyak sangat , 47 video wooo ! Nak senaraikan , malehh . hehe . Carik kat youtube leee . :)
Ni pic 1D , yang nih je aku masukkan , banyak lagi , takkan nak masukkan semua . haha . Maksud One Direction "satu arah tuju" kan ? betullah . :D








Harry paling aku minat , maybe kau orang cakap dia tak berapa handsome berbanding yang lain , tapi dia ada stylooo weiii , yang tepi seklai , baju putih , seluar biru , tengah pegang jaket . Bagi aku , dia lawak time dalam video . ngee :D


Kalau aku dapat pakai kasut nihhh , haih . haha .


Handsome kan ? Nama dia macam orang melayu , Zain Malik . :) Ni orang kedua aku minat .


Maybe ade sesetengah yang tak suka 1D nih , tak kisah lah kan , kau orang mesti ada pilihan sendiri .  Yang suka 1D nih , kita geng ! hehe ! Papai ~


Hilang Stress . :D

Assalamualaikum .

  Selamat pagi ! Kenapa aku boleh hilang stress ? Nak tahu ? Okayh  , nak bagi tahu lah nih . Semalam aku keluar rumah pergi jumpa kawan . Nak  tahu siapa kawan aku tuh ? Sekejap lagi aku bagi tahu kayh , hilang weii stress aku , bahagia macam dunia aku yang punya . Hahaha !  baru keluar sekejap dah macam dunia ni dia yang punya . Aku lepak rumah dia , online memanjang , stalk facebook , twitter orang lah ape lah . Hohoho , kami , macam gini la . Lepastuh pergi Pasaraya big dekat dengan rumah dia tuh ha ~ saja menghabiskan duit , jalan jalan . Hik hok , da pergi shopping , lepak rumah ain najihah , lepak sekejap jeee , sebab hujannn . Aku ade tengok jiran ain tuh , budak nih basuh kereta , punya lah berkilat , sekali hujan turun . kesian kottt . Penat je budak tuh basuh kereta . Haahaha ! Opss , gelakkan orang pulakk . Okayh then , pergi lah balik naik motor kawan aku tuhh dengan hujan rintik rintik tuhh . Hohoo :D . Dah petang sangat tuh , baru lah nampak muka aku kat rumah . haha . Mak aku tak marah wooo , nasib baikkk . Yela , saje balik petang sebab hari tuh je lah aku rasa aku boleh enjoy sesaja dengan kawan , hari lain pulak kalau nak keluar pergi tuisyen , pergi kedai dengan mak . Hermm , lagipun rindu nak sembang sembang dengan kawan kan , ape salahnya .kekeke . Tiba-tiba dapat msg , "tika , dompet kau tertingga " adoishhhh , tapi tak pelah , nanti boleh ambilll balik . Hmmm , itu je lah nak storyy , hoho . Tengok lah kenangan keluar bersama dia ni hah ~



Ni lah kawan aku yang aku cakap tuh . Ngee :D


Mawaddah namanya :)








Ni je nak story . Happy reading :) Papai ~

Jamuan kelas 2IA :)

Assalamualaikum .


Hye ! Sihat ? Semoga kau orang dalam sihat sejahtera . Dah lama aku tak update blog ni , bukannya busy sangat pun tapi malas . Haha . Selamat bercuti . Kau orang pergi mana je cuti cuti ni ? ke pergi tuisyen sana sini . Aku? Hmm , tak tahu lagi nak bercuti kat mana , Penang and taiping la kott . Whatever lah . Okayh , hari ini aku nak cerita about jamuan kelass aku ni . Penat wei nak menguruskan , pasang belon lah , kemas kerusi meja , bawak makanan lagi , sapu sampah , kalau kelas bersih tak pelah jugak , ni ! hampeh ! Haha ! Tapi berbaloi lah jamuan nya . Bukan main ramai lagi jadi tukang photographer . Bertangkap gambar sakan la jadinya . Hehe . Makanan nya best gila . Yang paling aku suka kek batik zunnur . sedap kott . Time tukar tukar hadiah tuh , sedih gila , aku tak dapat hadiah sebab budak  tuh tak beli . Menyirap je , aku dengan syakir sama tak dapat hadiah . Sedih kan ? *sila nangis untuk aku* . Haha . Aku tak tahu nak cakap pe . Tengok lah kemeriahan nya . Meriah lah sangat . Kalau gambar kau orang tak de , sorry . Ni yang ada dalam facebook shahirah fatini aku ciplok . Ngee :D



Time tukar tukar hadiah .


Zati wani dengan Farhan . 


Zul and zati syafiqah .


Ha , ade jugak gambar kau .Hahah . Aisyah AB .



Aiman afiq . Ada orang kata dia comel , *Sila muntah hijau sekarang* . Haha . Dia nih suka panggil aku wink-wink . Aku pulak suka panggil dia boroi . Saja je suka suki . :D



Apabila sudah bosan dalam kelas tuh , rimas sangat . Keluar > jumpa k.shalila > tangkap gambar > sembang sembang . Haha .



Untunglah budak sorang nii , dapat hadiah besar . tutt kat tangan dia tuh . Daripadaa Harith . 


Ain , puteri , aku and zati . Kami memang budak nakal dalam kelas , suka buat bising and whatever .



Ceh ! Atiq and zati wani .



Budak budak ni agak pendiam di dalam kelas .


Penolong kelas kita , Rabiatul Adawiyah and haziq hazlami .





Ya Allah ain ! Melahap gila . Haha . Tersangatlah lawak . Ain ain .

 

Ecah and kak shalila . :)


Uish ! macam bergadoh je korang nii .


Lawak je sampai letak nama dekat cawan . Kreatiff sangat . 


Puteri paling tinggi markah bi kalau nak tahu , Teacher Nisha bagi tahu aku . *tepuk tangan sikit*


Cute gila kau punya kasut ain . haha ! Eh ! terselah ketinggian aku . HAHA xD .



Errr .


Aku kenal sangat topi yang dipakai oleh zul nii . :D


Happy reading . Kalau tersalah kata , menyakitkan hati kau orang . Diri ini nak mintak maaf . Selamat Bercuti :))

Cerita sana sini classmate . :)

Assalamualaikum !


  Hye , apa khabar ? Hope kau orang sihat . Nak story pasal classmate ana niii . Sedih je sebab sikit lagi ada yang tak sama kelas , ada yang pindah . Tapi tak tahu la betul ke idak dorang pindah . Hope still lagi lah kan . Aduhh , rindunya lah nanti kan kat kawan kawan time cuti panjang nii . Maaf , dekat budak perempuan jee , kat budak lagi kirim salam awal awal . haha . Jahat tak ? Peduli apa aku . Kat kelas , ana yang paling bising , betul tak ? Alah , kau orang mesti cakap betul lah punya time baca nii . Haha . Kalau bersembang , mesti suara ana lah yang paling kuat punya , dah lah suka menjerit . Haha . Mesti kau orang cakap macam ni time baca ni * sedar pun kau kan tika * . Grrr . :P . Sebenarnya , ana macam dah anggap kau orang macam keluarga dah , dah nama nya pun duduk dalam satu kelas kan . Tapi kekadang tuh , ada rasa malu jugak , jangan pikir ana tak ada perasaan malu lah . Tak baik . hahaha ! Perempuan tetap perempuan jugakk . Hmm , ana nak mintak maaf jika ada tersalah kata , terkutuk , terngumpat , memperlekehkan and ect . Tak dek niat pun sebenarnya , just time tuh terasa amat sangat geram lah . Ha ! hambik kau ayat aku . Wei , maaf , saja nak mencapap muka kau orang dalam blog yang tak seberapa ni . ngeeh ngeeh ! :D




Sorry , malas nak rotate . hoho . Nama dia orang , Ain munirah and Zati iwani . Cantik kan . Time ni dekat dewan tengah buat oral BI . 




Ini Uzma Syahirah . Dia baik . Pandai jaga perasaan kawan dia .


Ish ish ish , Sebok nak tangkap gambar jugak dia orang nii . haha . Yang ada lesung pipi tuh namanya Haziq Hazlami , pakai baju hijau tuh , Aiman Afiq and yang pandang tempat lain tuh Zuhairie . Dia orang ni kalau tak kacau kawan baik aku tuh tak sah .


Gambar haziq lagi . hmm , haha . Yang pakai baju biru tuh Harith Afifi , haih , semua nama ada dua ni , bukan main sedap lagi . haha . Dia ni pandai BI . Jelez betul . hik hik hik .



Time ni ada kelas malam , tengook ah gambar siapa yang banyak dalam camera aku kalau bukan budak lelaki yang kat belakang tuhhh . Grr . Ha , yang pakai baju hitam tuh , Atiqullah , Yang pakai tudung tuh Kamilah . Eceh ! gelaran 'yang pakai tudubg tuh" aku panggil dia . haha


Haziq ! terselah lesung pipi kau tuh weii ! Kau nak cairkan perempuan ke ? haha . Kidding :D . Tak habis habis gambar budak berdua nii . Ni aku ciplok kat facebook . Ha , yang tengah tengah tuh namanya Izzaty Syafiqah . Dalam kelas aku ramai nama panjang nii . ngeh ngeh ngeh .


\

Wah ! comel ! he he he . Nama dia , Jaz khairusyazanani . Susah betul nak menyebutnya , ni tak tahu betul ejaan nya . haha .



Maaf , malas nak rotate jugak . Yang chubby tuh Nazzim !




Yekk , macam badjet hensem je mamat nii , pandang ehem ehem keee  . haha . Namanya Farhan . Kami gelarkan Paan Tot . Cuba tengok nama budak kat atas tuh nama diorang farhan , sama kan . Baru masuk tahun nii .



Wah ! cantikk kan . Namanya panjang , Syarifah zunnur izza . Mantap kan . hoho . Kakak dia mengajar kat sekolah kita orang . Muka dia orang samaaa .



Eceh ! minah cun niii , tunjukk peace kat siapa tuh . Kat cicak kee . haha . Okayh , hanya kami sekelas je yang tahu siapakah cicak itu . Main - main je . haha . Nama dia Zati iwanii . Dia suka sangat warna biru .



Amboi ! buat muka comel pulak budak niii . Nama dia syakir . Dia ni suka sangat kacau budak perempuan dan suka membuat lawak . Puihh . hahaha ! 



Weii , tak payah nak kangkang sangat la kaki hang tuhh . Haha ! Puteri gunung ledang ni . haha . Sebab apa panggil puteri ? Sebab nama dia terpanjang di Malaysia . Ekk ? Guraw je lah , menipu sangat lah yang terpanjang di Malayasia , dalam kelas je pun . haha . Nama dia Puteri Nasihah Al-Sakinah . Huhh , penat eden taip nama dia . haha . Sedap kan . ngee :D 


Aduihh , penat nya menaip , panjang gilooo lahh . Sorry yang lain tak dapat nak cerita , hang punya gambar tak de lah aisyah ! sorry , kau tak suka tangkap gambar kenn . Hmm , lain kali ye cah . Kami gembira time belajar walau sesekali ada yang sakit hati , tersinggung and ect . Walau apa apa pun , classmate tetap classmate . Ayat apa aku mengarut nii . Layan ~ haha . Kena marah sama - sama , kena denda sama sama , kena pukul or rotan sama sama . Huhh , sedih doeee ! Maafkan kesilapan saya :) Aku hope sangat kita sama sama naik kelas dan insyaAlah , aku doakan kejayaan kau orang . Ni lah nak cerita , Jari aku nak patah ni  menaip , kebas kott . haha . Happy reading ! bubye ~!